LAMA TAK TULIS BLOG.
Hahaha.. Hari tu masa mula-mula buat blog ni kan aku ada mention yang aku nak story benda-benda indah jek macam nama blog ni, but aku dah ter'story' benda yang menyedihkan juga kat sweet photos tu. Ingat lagi tak gambar baby comel yang tengah menangis tu. Hehehe.. Malu i... -_-
Kira halallah ya? Tak apalah, aku story jek semua yang aku nak story. Wakaka.. :p
11 SIFAT YANG TAK TERMASUK DALAM CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN AKU
Aku bukanlah perempuan yang sempurna, jadi aku sedar diri dan tak patut nakkan lelaki yang sempurna. Tak adillah untuk dia. Lagipun tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni kecuali Nabi Muhammad S.A.W.
Cuma ada beberapa sifat yang ada pada sesetengah lelaki yang aku tak boleh nak tolak ansur. So, hari ni aku nak senaraikan beberapa sifat yang aku tak berkenan. Tolong doakan bakal suami aku tak mempunyai sifat-sifat ini ya. Amin.
1. Lelaki yang panas baran.
Aku memang tak boleh nak masuk dengan orang yang panas baran ni. Semuanya sebab aku jenis yang tak boleh kena tengking-tengking. Tak bermakna orang tak boleh tegur aku, tegur jek kalau aku salah tapi dengan cara yang baiklah seperti memberi aku nasihat. Aku bengang sangat kalau orang marah-marah depan aku walaupun marah kat orang lain. Rasa nak bagi sedas dua pelempang! Nasib baik aku tak cukup berani nak buat macam tu. Hehehe..
2. Lelaki yang kurang ajar.
Ni lagi satu golongan yang aku tak mampu nak go on. Lelaki mulut jahat, suka mencarut! Aku bagi contoh kawan adik akulah (aku tak mention nama sebab tak baik aibkan orang). Aku bengang kat dia sebab dia kutuk negeri Johor (semua pasal bola). Macam-macam juga dia cakap pasal JDT. Kalau setakat JDT jek boleh consider lagi, tapi janganlah kutuk negeri Johor yang tercinta. Aku tak ada pun nak kutuk-kutuk negeri dia. Aku rasa kalau adik aku nak ajak dia datang beraya kat rumah, memang aku tak terima. Daripada aku layan tetamu dengan tak baik, baik dia tak payah datang. Hahaha.. Wakaka..
p/s: bila kita jaga aib orang lain, Insya Allah, Allah akan jaga aib kita di hari kebangkitan kelak.
3. Lelaki yang tak hormatkan ibu bapa.
Yang ni memang lansung aku tak boleh toleransi! No excuse! Tolonglah wei... Hormat kat mak ayah! Diaorang dah banyak berjasa kat kita. Walaupun ada sesetengah orang tak dapat kasih sayang yang sempurna daripada parent mereka, tapi kita tak boleh tak hormatkan mak ayah kita. Pernah dengar tak kisah seorang hamba Allah ni yang tetap jaga ibu bapa dia walaupun ibu bapa dia dah bertukar jadi khinzir? Jadi cuba teladani sikap pemuda tu. Jangan sesekali menengking mak ayah kita walaupun mereka membuat kesilapan. Tegurlah dengan lembut supaya meresap ke dalam hati mereka. Sikap tak hormat mak ayah ni ada kaitan dengan sikap panas baran. Sebab tu aku letak panas baran tu kat nombor 1. Maybe sebab tak dapat kawal baran, sampai marah dan tengking mak ayah sendiri. Aku sukakan lelaki yang sangat hormat parent mereka. Tu baru namanya anak lelaki sejati bagi aku.
4. Lelaki yang gatal.
Euuwww....... Lelaki macam ni memang tak boleh blah! Alergik aku! Kalau aku ni isteri kau tak apalah nak mengatal dengan aku! Aku pernah terkena dulu. Kes aku lagi teruk sebab pak cik tu dah tua, pangkat-pangkat atok aku. Sebab dah tua aku tak tumbuk pak cik tu. Berani ke aku nak tumbuk? Hehehe.. Sebab dia dah tua lah bila dia bercerita aku dengarkan sementara tunggu bas sampaikan. Aku jenis yang tak suka berbual dengan lelaki yang aku tak kenal walaupun kacak muda bergaya dan kaya. Tapi hormatkan orang dah berumur dan tak sangka yang pak cik tu gatal aku dengarlah dia bercakap. Mula-mula okey lagi, lepastu... huh! Entah apa dia merepik. Kalau yang mengatal dengan aku orang muda tak adalah aku terkilan sangat walaupun aku tak suka. Pak cik oii, dengar apa aku nak kata! Habiskanlah masa yang ada dengan perkara-perkara yang berfaedah, jangan tambah dosa sebab takut tak sempat nak bertaubat. Seksa neraka sangatlah berat!
5. Lelaki yang suka membebel.
Perempuan membebel okeylah kan sebab dah memang sinonim dengan orang perempuan perkataan membebel tu. Tapi bila lelaki yang membebel... huh! Ya Allah... Tolonglah hambaMu ini! Telinga aku boleh hadam apa yang mak aku cakapkan, tapi tak boleh nak terima apa yang abang-abang aku bebelkan! Rasa meluat! Hahaha..
6. Lelaki yang tak suka budak-budak.
Macam mana nak kahwin dan jadi bapa budak kelak? Budak kecil memanglah banyak ragam, nama pun budak. Kita dulu macam tu juga. Yang ni ada kaitan dengan sikap kat nomnor 5. Bila dah tak suka budak-budak, mulalah dia nak membebel macam-macam! Itulah! Inilah! Tension-tension! Tak sanggup aku nak hadap lelaki macam ni sebagai suami! Minta selisih. Kau nak marah budak kecik yang belum mumayis (tak tahu eja betul tak), dan tu buatkan aku ragu-ragu sama ada kau dah mumayis ke belum!
7. Lelaki yang pentingkan orang luar daripada keluarga.
Untuk kawan-kawan boleh jek ke sana-sini, tolong itu ini, tapi bila dengan ahli keluarga mulalah nak berkira! Bayangkan kalau kita kahwin dengan orang yang macam ni, nanti kita minta tolong belikan susu anak-anak, dia tak nak sebab dah janji nak pergi memancing dengan kawan-kawan. Tak pasal-pasal aku jadi nusyuz pula. Simpang malaikat 44!
8. Lelaki yang pengotor.
Kebersihan sangatlah dituntut dalam Islam. Bagi aku kalau tak kemas tak apa, janji bersih. Sebagai contoh, baju tak bergosok tak apa, tapi mestilah bersih dan suci. Aku lagi prefer lelaki yang bilik macam tongkang pecah daripada lelaki yang tak suka siram air kat bilik air lepas buang air kecil. Yang lagi tak boleh handle, bila dah buang air besar, tak jirus sampai najis tu hilang!
9. Lelaki yang tak bertanggungjawab.
Kawan aku ada cakap, dengan suami tak payahlah nak berkira. Ada rezeki lebih, sesama tolong keluarkan duit untuk keluarga. Masalah aku, aku tak suka lelaki yang tak bertanggungjawab. Aku takut kalau aku jenis yang tak kisah dan selalu bagi dia duit, dia jadi tak bertanggungjawab! Malas nak kerja dan tahu ambil duit aku jek. Kau lelaki! Patutnya kau yang sara hidup aku. Tak mewah tak apa, asalkan kau bertanggungjawab dan beri rezeki yang halal untuk aku dan anak-anak. Ayah aku pun tak suka lelaki yang tak bertanggungjawab. Ayah lagi ada anak 11 orang tau! Kalau kita berusaha dan bertawakal, Insya Allah, ada jalan yang akan Allah beri.
10. Lelaki yang berlagak.
Aku tak suka lelaki yang berlagak. Tak kiralah yang berlagak bagus atau yang berlagak dengan kelebihan yang dia ada. Semua tu pinjaman jek! Allah yang Maha Kuasa memberi kita semua tu.
11. Lelaki yang pandang rendah kat orang lain.
Kalau kita ada sesuatu dan orang lain tak ada, tak payahlah nak perkecil-kecilkan orang lain. Bersyukurlah pada Allah yang Maha Kuasa. Sikap 10 dan 11 saling berkait. Mula-mula berlagak, pastu pandang rendah kat orang. Tahu tak, kerja apa-apa pun mulia asalkan halal.
PUISI KISAH CINTA SI LANGIT DAN SI LAUT
Hari ini.......
Aku melihat Langit tersenyum padaku
Seakan membisikkan kata rindu
Aku alpa dengan keindahannya
Sehingga aku lupa yang Langit itu bukan milikku
Dan keindahan itu bukan untukku
Kelmarin.......
Kami bersama menyanyikan lagu rindu
Lagu cinta antara engkau dan aku
Kenangan indah kita pun tercipta
Di temani tiupan Sang Bayu
Kini.......
Langit yang ku puja hilang di pandangan
Kesepian dan kesunyian mulai menghantui
Aku lemas dalam kerinduan
Angin Bayu.......
Resapilah rinduku ini
Sampaikannya kepada Langit indah
Aku mendoakan dia bahagia
Bersama Sang Awan yang telah menggantikanku
Percintaan antara Langit dan Laut tamat di sini sahaja
Turunlah hujan membasahiku.......
Buangkanlah sayang yang ada untuknya
Dalam pasrah ku tetap reda
Menerima apa yang tersurat bagiku
Kenangan antara aku dan dia.......
Tersisip kemas di dalam hati
Biarlah ku simpan sahaja dan menguncinya
Supaya aku tidak terus terluka
Selamat tinggal Si Langitku.......
Daripada Si Laut yang setia padamu.......
AKU DAH JATUH CINTA
Kalau baca tajuk mesti gempakkan kedengarannya? Hahaha.. Aku nak habaq kat hangpa semua yang aku dah fall in love! Tahu tak aku fall in love dengan sapa? Hehehe.. Aku dah jatuh cinta dengan pasangan suami isteri yang cute bernama Mastura and Jebat (Ahmad Ziyad)! Kenal tak depa sapa? Depa berdua ni watak utama dalam novel 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' karya Eman Sufi. Sebelum ni beliau ada menulis dua novel yang lain - Suami Yang Ku Benci dan Hikayat Cinta Si Pematah Hati. Antara novel-novel yang beliau tulis, aku tak minat sangat watak hero dalam cerita Hikayat Cinta Si Pematah Hati tu, Rayyan. Aku suka kat Uwais dan Jebat (masing-masing watak hero dalam cerita Suami Yang Ku Benci dan Bukan Kerana Aku Tak Cinta). Heroin pula tentulah aku suka kat Mastura yang comel dan nakal tu. Aku bukan tak minat Hannah Maryam, cuma dia tu garang sangatlah. Takut cheq tau! Hehehe.. Waffen pula aku biasa-biasa jek sebab dia bukan watak heroin yang aku idamkan.
Selain jatuh cinta dengan novel dan watak-watak dalam novel, aku juga minat gila komik-komik daripada Jepun. Lukisannya yang comel-comel dan jalan cerita yang menarik telah menjadikan aku peminat setia komik-komik daripada negara matahari terbit itu. Anime mereka juga berjaya menarik minat aku untuk menontonnya. Antara anime yang aku gilai ialah The Prince of Tennis, Card Captor Sakura, Detective Conan, dan banyak lagi sebenarnya.
So, aku rasa daripada aku jatuh cinta dengan mana-mana lelaki dan kemudian patah hati, lebih baik aku jatuh cinta dengan novel, komik, dan kartun sahaja. Wakaka..
ANAK-ANAK SIDEK
Aku suka sangat dengan komik Anak-Anak Sidek ni. Siri animasi kartun ni yang pernah main kat TV dulu pun aku suka juga. Aku tak boleh move on daripada cerita ni. Dulu akak aku ada beli komik-komiknya tapi lepas kitorang pindah rumah, tak tahu mana komik-komiknya menghilang. Tak pun masa kat rumah baru tu ada tapi kan masa aku Tingkatan 3 nak naik Tingkatan 4, banjir besar melanda Johor. Rumah naik air. Mungkin komik-komik tu dah hancur agaknya. Sebab kalau animasi dia tak lengkap rasanya. Zaman masa Bun dan Ajib dah masuk sekolah asrama tu tak ada. Pastu kat youtube pun tak ada upload episod penuh animasi Anak-Anak Sidek yang pernah main kat TV. Yang di upload pun tak ikut turutan, jadi aku pening. Lepas episod ni episod yang mana pula kan. Aku nak sangat kumpul semua koleksi komik Anak-Anak Sidek ni. Full volume! Aku pun nak juga ada full video animasi kartun. Nak sangat! Tapi tu lah... Tak tahu nak cari kat mana. Kalau dia buat cerita ni sampai diaorang dah jadi pemain badminton negara kan bagus. Aku nak tahu juga macam mana Ajib boleh berbaik dengan semua adik-beradik dia yang lain terutama Bun. Lepstu macam mana Aman boleh rapat dengan Adul. Diaorang kan selalu bergaduh masa kecil-kecil dulu. Macam mana Alan boleh main badminton double dengan Ajib. Kenapa Ajib tak main single. Sakit apa yang Bun hadapi sampaikan dia bersara awal daripada jadi pemain badminton negara. Macam-macamlah aku berminat nak tahu. Pokoknya aku memang tak boleh move on lagi daripada kisah Anak-Anak Sidek ni. Aku harap sangat hubungan kekeluargaan antara mereka tetap utuh sampai bila-bila. Amin.
p/s: kan bagus kalau syarikat yang terbitkan cerita Upin&Ipin atau Boboiboy atau Ejen Ali, terbitkan semula cerita Anak-Anak Sidek ni. Jalan cerita yang sama macam pernah tayang kat TV dulu, just animasi dia lagi canggih lah. Nak nengok ANAK-ANAK SIDEK!!!!!!!
