Sweet Photos

0 ulasan
Nama pun blog aku ni pasal memori indah, so, gambar pun kenalah sweet-sweet iya tak. Just nak maklumkan yang semua gambar yang akan aku letak kat dalam blog ni bukan milik aku ya. Aku just cari kat En.Google jek. Sumber daripada mana pun aku tak tahu. Tanyalah En.Google tu sendiri.
Cinta dan Masa. Hah, cuba nengok gambar ni! Sweetkan? Dah tua-tua still ada rasa kasih sayang tu. Kebanyakan yang aku nengok, orang kat Asia ni suka tunjukkan kasih sayang masa muda-muda jek. Dah tua malu katanya. Tapi kat Eropah pula terbalik. Masa muda skandal sana-sini, erti setia susah nak jumpa dalam kamus hidup, tapi bila dah tua masa tu pandai hargai pasangan. Aku harap kalau aku dah kahwin, aku nak macam ni juga. Kalau aku sakit ada orang tolong jagakan. Bukannya kalau aku sakit sibuk nak cari orang baru, pastu hantar aku kat rumah mak ayah aku semula. Kesian dekat mak dengan ayah aku, daripada kecil dah puas jaga aku, takkan bila aku dah kahwin mak dan ayah kena jaga anak dia ni lagi? Ada suami tapi tak boleh nak diharapkan lebih baik tak payah bersuami macam tu. Aku ingatkan kereta dan segala kenderaan plus mesin-mesin plus segala macam non-current assets jek yang ada susut nilai ni rupa-rupanya cinta sesama manusia pun ada susut nilai juga. Itu kesimpulan akulah, bukannya fakta. Jadinya kalau cari kat balance sheet, confirm takkan jumpa.
Cinta dan Akal. Aku suka nengok binatang bergurau sesama mereka. Contoh yang terdekat kucinglah. Nampak sweet jek. Mereka saling tak menyakiti antara satu sama lain. Tak macam manusia. Kalau sesama pasangan bergaduh, ada jek terkeluar perkataan yang tak berapa nak sedap daripada mulut mereka. Yang peliknya sanggup pula tu kata macam-macam dekat orang yang kita sayang! Ada yang sampai menyakiti pasangan lagi. Masalahnya, kita ni manusia yang dikurnikan akal oleh Allah Taala tau. Akal tu yang membezakan manusia dengan binatang. Jadinya kenapa time bergaduh dengan pasangan, kita tak gunakan akal yang telah diberikan? Kucing yang hanya ada otak, tak ada akal tu pun tak teruk macam manusialah! Gaduh sampai nak simbah-simbah asid. Takkan sebab cemburu sanggup buat macam tu? Orang kata cemburu tanda sayang. Tu aku setujulah. Tapi aku nak tambah sikit, cemburu buta tu tandanya kita ni mempunyai level yang lebih rendah daripada binatang. Kita ada akal tapi tak tahu nak guna dengan baik. Binatang tak ada akal, maka logiklah kalau diaorang membunuh sesama sendiri pun. Suka ke kalau ada orang cakap kat kita 'kau ni macam babilah, tak ada akal' or 'kau ni lebih bodoh daripada gagak tau' or apa-apa jeklah lagi. Suka ke? Suka ke? Suka ke? Kalau tak suka maka jangan buat! Kalau buat juga kita tak ada hak nak marah kalau orang cakap kita macam tu.
Kita serupa tapi tak sama. Daripada gambar di atas apa agaknya yang boleh kita simpulkan? Betul! Seekor kucing dan seekor arnab yang bukan daripada spesis yang sama tapi saling mengasihi. Memanglah kalau nengok daripada sudut fizikal diorang ni tak sama. Tapi sebenranya ada satu yang samakan? Warna diaorang sama! Hehehe.. Tapi aku bukan nak cakap pasal warna kucing dan arnab ni. Aku nak tafsirkan sendiri apa yang gambar ni cuba maksudkan. Aku rasa gambar ni nak tunjukkan yang dua ekor binatang ni sedang bercinta tetapi puak masing-masing tak restu. Kucing tu kecil, arnab pula gemuk. Tak padan! Lepastu orang tak boleh terima cinta mereka sebab telinga arnab besar, telinga kucing comel jek. Tapi orang tak perasaan yang mereka mempunyai warna bulu yang sama. Kalau kita nak cuba dalami lagi simbol warna tu aku rasa warna tu cuba nak tunjukkan yang diaorang mempunyai rasa cinta yang sama kot. Maka kenapa orang tak nampak benda yang sama tu? Orang duk sibuk nak cari perbezaan sampaikan tak nampak mereka mempunyai persamaan. Perasaan cinta antara satu sama lain. Tak cukup ke? Tak payah pening-peninglah nak tafsir gambar ni macam apa yang aku dah buat sebab tukang ambil gambar tu saja-saja jek ambil gambar binatang ni. Dia tak suruh kita buat tafsiran pun.Hehehe.. Lagipun aku bukan nak cakap pasal gambar ni. Aku nak cakap pasal cinta dua dunia. Bukan kisah dua darjat yang kebanyakan ada kat drama-drama. Aku tak berminat nak kupas isu itu. Bukan juga pasal dunia pontianak dan manusia. Kisah Edward dengan Bella dah tamat dah siri kelimanya. Aku just tertanya-tanya, kenapa orang suka buat alasan bodoh ya? Contohnya lelaki A ni suka sangat kat perempuan B tapi dia rasa dia tak cukup baik (tak ada halangan keluarga pun macam 'Cinta Antara 2 Darjat), jadi dia minta putus dengan perempuan B dengan alasan yang perempuan ni akan jumpa lelaki lain yang lebih baik daripada dia. Bagi aku kalau kita betul-betul sukakan seseorang dan kita rasa kita tak cukup baik untuk dia, maka kita perlulah berubah jadi yang terbaik supaya kita layak untuk dia. Jangan mudah putus asa. Usahakan tangga kejayaan. Mungkin perempuan B tadi jenis perempuan solehah dan lelaki A ni pula perangai macam hantu. Tak salahkan kalau lelaki A berubah sedikit demi sedikit untuk menyamakan taraf dengan perempuan tu. Mula-mula cukupkan solat dulu, lepastu belajar baca Al-Quran dan seterusnya. Bukan nak hipokrit ke apa. Orang selalu cakap dia rasa macam hipokrit kalau buat sesuatu yang dia tak ikhlas nak buat. Tapi kalau dia tak buat macam tu sampai bila dia nak berubah? Mungkin mula-mula memang tak ikhlas, terpaksa buat. Mana tahu dah lama-lama Allah buka pintu hati dia dan beri hidayah. Semua sebab dia dah berusaha. Kes yang lagi aku bengang kalau lelaki C ni bab perangai sama indahnya dengan perempuan D tapi dia rasa rendah diri sebab dia miskin. Tapi perempuan tu pun tak kaya mana. Bonus family perempuan tu tak ada cakap apa-apa pasal hubungan mereka. Tak adalah cuba-cuba nak halang ke apa. Tiba-tiba lelaki tu nak putuskan hubungan. Tak boleh ke dia berusaha kumpul duit? Nak atau tak nak jek sebenarnya! Lagi aku rasa angin kalau lelaki tu muncul balik lepas hilang. Dia muncul dah berjaya sekarang dan nak kat perempuan tu balik. Kalau aku jadi perempuan tu, aku akan rasa terhina beb! Apa wei nak cari kita balik? Ingat kita ni waktu senang jek ke nak kat dia? Pandang rendah sangat tu kat kita. Kita akan hargai pasangan kita bila kita ada saat susah dan senang dia. Kalau masa senang jek ada nanti masa susah dicampak ke mana. Lelaki pula tolonglah hargai perempuan yang sanggup susah sama dia. Jangan nanti bila dia dah senang perempuan tu dibuang macam tu jek. Okey! Aku dah emosi dah ni. Baik stop kat sini jek.


Pernah rasa tersangat rendah diri tak?
Mood aku hari ni sangatlah tak okey. Tak tahu kenapa tiba-tiba aku rasa sangat merendah diri (sebenarnya sebab baru dapat result test 1 yang mengatakan aku fail). Okey, sambung balik cerita kita... Hari ni aku rasa sedih sangat sebab bila aku fail aku rasa aku ni tak pandai (plus malas sebenarnya). Pastu bila aku lalu depan cermin aku nengok diri aku, aku rasa aku tak cantik (bila pakai cermin mata nampak macam makcik-makcik jek). Bila duit aku tinggal RM50 untuk 7 hari ni (termasuk peruntukan untuk tambang bas aku nak balik kampung) aku tahu yang aku tak kaya (dah tahu tak kaya tapi suka membazir). Orang kata tak kaya, tak cantik, tak pandai tak apa asalkan hati baik. Bila aku fikir-fikir bertambah lagi rasa kecewa aku sebab aku tak baik. Bukan nak burukkan diri sendiri or buka aib aku, aku cuma nak kongsi apa yang aku rasa jek. Aku ni tak baik mana. Aku tahu diri aku ni siapa and macam mana. Aku lebih kenal diri aku daripada orang lain kenal aku. Dapat bonus aku hari ni. Orang lain bonus yang elok-elok, molek jek. Aku punya bonus bukan setakat tak pandai, tak cantik, and tak kaya jek, malah tak baik sekali. Aku rasa macam nak nangis jek....... Sebenarnya memang dah nangis pun. Tapi bila fikir secara mendalam, macam aku ni tak bersyukur jek....... Ya Allah... Aku bukan apa, ada kawan aku muka biasa-biasa jek, tak kaya, tapi dia pandai and tersangatlah baik. Ada pula perangai biasa-biasa (tapi tak jahatlah, aku lagi teruk daripada dia) tapi dia cantik. Aku ni satu pun tak senarai. Aku bukan tak nak jadi baik, aku tengah berusaha ni. Susah betul nak buang tabiat yang dah sebatikan. Ialah kita selalu buat benda tu jadi macam susah jek nak berhenti. Means perangai aku ni hah! Tapi hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Berusaha!!!!!!! Tapi satu, aku sangat-sangat plus sangat-sangat rasa bersyukur sebab Allah sentiasa beri aku peluang untuk buat yang terbaik. Cuma kadang-kadang aku jek yang tak reti gunakan peluang tu, aku sia-siakannya. Alhamdulillah... Terima kasih Allah sebab tak pernah lupakan hambaMu yang tak tahu bersyukur ni.

Mimpi jadi realiti?
Hah! Kalau nengok gambar di atas mesti kauorang dapat agakkan aku nak cakap pasal apa? Demam kpop! Sekarang ni bukan setakat perempuan jek yang gilakan artis korea, orang lelaki pun sibuk-sibuk nak minat kat Suzy, IU, siapa entah lagi. Aku jeles? Adalah sikit. Hehehe.. Aku just nak cakap jek kat sini segila manapun kitaorang (orang-orang perempuan ni) pada artis korea, kitaorang still realistik lagi. Tak adalah sampai nak kahwin dengan diaorang. Minat, suka, sayang, dan cinta benda yang berbeza. Tak sama perasaan bagi setiap satu unsur tu. Mimpi-mimpi juga, tapi bila kita dah terjaga daripada tidur, kita kena terima yang semua tu hanya mimpilah. For me, aku rasa kalau artis-artis korea yang aku minat ajak kahwin, aku takkan terima kot. Eh... Kot ya? Hahaha.. Artis kat Malaysia ni pun aku rasa takkan pandang aku, apatah lagi artis korea yang cute-cute tu kan! Be realistic and terima kenyataan. Jangan berangan nak terbang ke kayangan kalau terbang 100 meter pun kita tak mampu. ;-)


BERCAKAP TENTANG CITA-CITA
Bila cakap pasal cita-cita, aku ingat lagi semua cita-cita aku. Masa aku sekolah rendah, aku bercita-cita nak kerja kat pejabat, jadi bos. Semuanya sebab terpengaruh dengan drama Melayu masa zaman aku kecil-kecil dulu. Huhuhu..  Bila dah besar sikit, aku nak jadi cikgu pula. Yang ni pun aku sendiri tak pasti macam mana aku boleh bercita-cita nak jadi cikgu. Mungkin sebab aku sayangkan cikgu-cikgu aku kot. =)
Naik sekolah menengah, aku memang taksub dengan cita-cita yang satu ini iaitu nak jadi juru terbang! Aku suka gila kalau dapat bawa kapal terbang (walaupun aku tak ada pengalaman dengan apa-apa yang berkaitan dengan aeroplane ni). Best apa perempuan bawa menatang tu! Aku ada beberapa keping setem gambar jet yang aku sayang nak guna tapi sekarang tak tahu kat mana. Haru betul...
Kalau dah taksub, kenapa aku tak kejar cita-cita aku tu?
Ingat senang! Aku tiba-tiba tersedar diri yang aku memang tak boleh capai cita-cita tu. Sebab aku ni rabun jauh! Lagi satu, subjek Add Math, Fizik dan English aku tak mencapai standard yang sepatutnya seorang juru terbang miliki. Setakat minat Geografi jek aku ni.
Lepas dah dapat result SPM, aku berangan pula nak sambung diploma dalam Kejuruteraan Mekanikal. Walaupun tahu result aku tahap cukup-cukup makan jek, aku still mohon course tu dan hambek kau! Memang tak dapat masuk UPU lah jawabnya aku. Masa tu selain Kejuruteraan Mekanikal, aku juga berminat untuk menjadi ahli arkeologi iaitu ahli kaji sejarah. Masalahnya aku tak tahu patut ambil course apa untuk capai cita-cita aku tu. Best apa kaji tentang Perak Man semua tu. Kaji pasal Sejarah Nabi-nabi di bumi anbia lagilah best tau! =)
Nak dijadikan cerita, aku sambung diploma satu sem lewat daripada budak-budak sebaya aku. Aku masuk intake december, bukannya julai. Aku ambil akaun kat UiTM. Best rupanya belajar akaun ni (walaupun susah tahap gaban). Bila aku dah minat dengan dunia perakaunan, aku pasang cita-cita nak ambil subjek akaun ni sampailah peringkat PHD. Malangnya, baru jek degree, aku dah tak dapat sambung course akaun dah. Result aku biasa-biasa jek. Al-maklumlah yang aku ni bukan budak pandai plus tak rajin pula tu. Mana nak dapat result gempak kan. Usaha tu tangga kejayaan ya adik-adik.
Aku dapat sambung degree kat UiTM juga. Dapat course pentadbiran koprat (coprat admin). Masuk 7 september 2013 nanti (belum masuk lagi pun). Belum pun mula belajar, aku dah bercita-cita nak jadi company secretary untuk syarikat luar negara macam syarikat daripada Jepun. Aku nak belajar bahasa Jepun sebagai third language pastu nanti dah kerja senang. Company secretary ni akan uruskan pasal penubuhan sesebuah syarikat sebelum syarikat tu ditubuhkan. Itulah yang lecturer LAW aku masa diploma dulu beritahu. Dengar macam bestkan? =)
Sekarang ni cita-cita aku yang lain pula ialah nak jadi pemain bola keranjang negara (of course tutup aurat). Yang ni nampaknya memang susah nak tercapailah sebab aku main basketball pun tak pernah. Hahaha.. Angan-angan jek lebih!
Kesiankan kat aku ni? Cita-cita berbukit, hasilnya satu pun tak ada. Angan mat jenin jek lah...
Cita-cita yang sekarang pula bukan mustahil nak tercapai tapi ekonomi kena mantap. Aku bercita-cita nak jelajah/menggembara di seluruh bumi anbia. Nak kenal sejarah dan tamadun Islam. Lepastu after dah selesai dengan bumi anbia, aku nak merantau ke New Zealand pula (tapi habiskan tempat-tempat di Malaysia dulu seperti Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Sipadan, dan lain-lain lagi). Kat sana (New Zealand) banyak tempat-tempat yang cantik seperti dalam gambar yang aku sertakan di atas (aku sendiri pun tak tahu apa nama tempat tu). Selain New Zealand, aku agak teruja nak merantau ke Switzerland dan Kanada juga.
Kan aku dah cakap cita-cita aku kali ni nampak macam tak mustahil sikit tapi aku rasa agak mustahil bagi aku sebenarnya. Aku ni nak merantau di dalam negara pun masih tak mampu, lagikan pula ada hati nak ke luar negara.
So, aku tak tahu apa cita-cita yang mampu aku tunaikan sebenarnya. Sedihnya hai hidup aku ni...
Tapi aku tak boleh putus asa! Aku ingat nak jadi penulislah pula! Aku nak karang novel-novel best seller. Okey tak? Doakan tau. Nanti kalau dah ada duit, bolehlah aku pergi Makkah, Madinah, negara-negara anbia yang lain dan juga dapat tunaikan cita-cita aku nak jadi penggembara tu. =)


MAK DAN AYAH.
Bila bercakap tentang mak dan ayah aku rasa sedih sangat. Aku sedih sebab sampai sekarang aku belum berpeluang balas jasa mereka. Menyusahkan adalah. Aku ni anak yang pemalas, jadi aku tak rajin tolong buat kerja-kerja rumah. Lepas habis diploma pun aku tak kerja. Maka bila nak sambung degree ni, duit mak ayahlah yang aku harapkan, Tapi mak dan ayah aku tak merunggut pun. Mak dan ayah siap cakap lagi pasal duit simpanan mereka kat akaun. Aku rasa mak dan ayah aku nak keluarkan duit kat akaun tu untuk bagi aku supaya aku dapat sambung belajar. Nasib baik aku dapat bantuan PIJ. Alhamdulillah... Lepas duit untuk bayar yuran.
Terharu pun ada dengan pengorbanan mereka. Tapi tak tahu nak balas macam mana. Aku ni blacksheep (betul tak ehk aku eja?) macam dalam lagu westlife yang tajuk season in the sun tu. Kesedaran ada cuma kesungguhan dan perlakuan tu tak seiring dengan kesedaran.
Aku berharap sangat mak dan ayah aku diberi umur yang panjang oleh ALLAH Taala. Sebab aku tak sanggup hidup tanpa mereka. Biarlah nyawa aku yang diambil dulu sebelum mereka. Amin.



Sambungan CITA-CITA
Kauorang ingat tak, aku ada cakap pasal cita-cita aku dulu? Yang daripada kecil sampailah besar tu! Masa tu aku baru nak naik degree, sekarang aku dah sepatutnya habis degree dah. Patutnya sem lepas lagi habis. Tapi... aku fail 3 subjek masa final year... So, aku kena extend. Tak boleh ambil sub paper sebab lebih daripada 2 subjek fail. Jadi, sem ni aku minta cuti khas. Sem depan baru aku sambung pengajian aku yang aku tunda sem ni tu. Hehh... Aku keliru sebenarnya. Sama ada nak habiskan pengajian aku atau pun tak... Bila fikirkan assignment yang banyak masa sem akhir... Mak aii... Bukan aku tak nak buat assignment tapi banyak kerja berkumpulanlah! Kawan-kawan aku kan dah grade. Tinggal aku jek... Aku nak masuk kumpulan mana? Dengan siapa? Tu yang aku takutkan sebenarnya. Biasalah. Biasanya junior mana suka senior join kelas diaorang. Aku rasa macam tu sebab sebelum-sebelum ni kan aku pernah repeat paper. So, aku perhatikan junior ni kadang-kadang ada yang tak reda bila senior masuk kelas depa. Depa kan dah biasa satu kelas tu kawan-kawan. Kadang-kadang sebab repeaters, kawan-kawan depa tak dapat daftar kelas yang sama dengan depa. Siapa suruh daftar lambat... Hahaha..
Masa aku tahu aku fail, aku sedih sangat... Sebab dah kecewakan mak ayah aku... Banyak yang diaorang dah korbankan tapi aku pula belajar tak pandai-pandai. Cita-cita aku juga musnah sekali lagi! Ingat dulu nak jadi company secretary kat syarikat di Jepun. Pirahh!!! Berangan jek lebih! Belajar pun tak habis lagi. Kalau aku quit study, aku tak ada ijazah tau maknanya. Daripada sekolah lagi aku selalu bayangkan aku belajar sampai dapat degree... Sedihlah kalau aku tak ada degree... Lagi pula banyak duit yang family aku habiskan untuk aku masa zaman degree aku ni... Aku ni... Tak tahulah aku ni kenapa... Cuba kauorang nengok perjalanan hidup aku kat bawah...

Cita-Cita

Bos syarikat - Cikgu - Juruterbang - Jurutera Mekanikal - Akauntan - Company Secretary

(Last-last, semua aku tak dapat kejar. Yang last tu pun macam susah jek... Kalau aku quit, terus musnahlah harapan aku nak kejar cita-cita yang terakhir kat list tu).


Impian/Harapan

Daripada sekolah menengah, tingkatan 2 kot, aku dah pasang harapan nak belajar sampai dapat degree. Means, aku degree holder lah. Ni degree kebenda! Kalau aku quit, aku diploma holder, bukannya degree holder. Aku bukannya nak ada degree sebab aku pandang diploma macam tak ada apa-apa tau. Salah tu! Bagi aku SPM pun okey dah. Aku nak degree sebab tu angan-angan aku daripada zaman sekolah. Tu jek. Aku tak ada niat nak pandang rendah kat orang yang hanya ada SPM atau diploma jek. Rezeki masing-masing. Kadang-kadang depa yang lagi banyak duit berbanding dengan degree holders. Macam yang aku cakap. Rezeki Allah yang bagi. Allah tentukan.


Perjalanan Hidup

Mula-mula daripada kelas Sains Tulen, aku tak dapat sambung belajar course yang ada related dengan Sains masa diploma. Aku sambung diploma akaun. Daripada pemegang diploma perakaunan pula, aku tak dapat sambung ke peringkat degree akaun. Aku ambil corporate admin (pentadbiran korporat). Tapi sekarang aku tak dapat pula nak bekerja sebagai company secretary (degree corporate admin layak mohon). Nak kerja jadi akauntan pun tak boleh (sebab diploma akaun boleh jadi pembantu akauntan jek). Jadi, aku nak buat apa sekarang ehk?Aku tak tahu nak buat apa... Keliru! Nak sambung belajar ke tak? Ehh... Means habiskan degree aku, bukannya sambung master. Hehehe.. Dulu ingat lagi, lecturer aku masa diploma akaun ada cakap, aku ni boleh belajar sampai PhD. Maaf puan... sebab saya tak menepati anggapan yang puan ingatkan dulu... Maaf mak dan ayah... Sebab tak mampu nak bahagiakan mak dan ayah dengan pelajaran orang yang cemerlang...

 

Coretan Memori Indah Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea