Cinta

0 ulasan
p/s: Kenapa kalau cakap pasal cinta jek mesti imej hati ehk? Hehehe.. Tipikal tak?

Cinta Pertama
Cinta pertama aku ialah semasa aku darjah 2. Ala, masa tu suka budak-budak jek. Time betul-betul aku jatuh cinta (dapat/diserang simptom-simptom cinta) ialah masa aku tingkatan 3. Merasa jugalah aku penyakit yang pelik tu. Huhuhu..
Tapi kalau kau orang nak tahu, waktu tingkatan 3 tu aku suka kat lelaki yang sama dengan masa darjah 2 dulu. Hahaha.. Sebab setakat ni aku hanya ada cinta pertama. Lepas tu mana ada jatuh cinta jatuh cinta ni lagi dah! So, tak adalah cinta ke dua, ke tiga mahu pun ke empat. Tak tahulah cinta terakhir aku nanti dengan orang yang sama juga atau pun bukan.
Yang kecewanya, selepas aku dah merasa simptom-simptom yang pelik tu barulah aku dapat tahu cinta pertama aku tu dah ada awek. Selamat aku tak meroyan. Hehehe.. Dia pun baru ada awek kot masa tingkatan 3 tu (kami sebaya, aku tua bulan jek). Sebelum ni adalah juga dengar ura-ura dia dengan perempuan ni dan perempuan tu tapi tak offical lah. Yang offical nya masa tingkatan 3 tu.
Lain kali bagilah tahu aku awal-awal supaya aku boleh makan antibiotik. So, virus sengal tu susah nak menyerang aku. Kan orang kata mencegah lebih baik daripada merawat. Ni nak rawat aku kan dah jadi susah sebab sampai sekarang simptom tak berfaedah tu tak nak pergi. Bila agaknya nak hilang ehk?
Tapi aku tak salahkan dia pun sebab dia tak tahu yang aku suka kat dia. Aku cinta dalam hati jek. Cinta daripada jauh. Wakaka.. Ayat nak dramatik juga! Mestilahkan. :)
Nanti-nantilah aku cerita pasal dia sikit-sikit. Kisah aku ni 1001 malam pun tak akan habis. Tak cukup masa nak rungkaikan semua. Walau pun kami tak ada jodoh, nama dia akan tetap tersemat di dalam hati (selagi aku tak kahwinlah ya,dah kahwin kena taat kat suami, setia kat dia seorang).
p/s: lainlah kalau aku kahwin dengan dia kan. ;)

Macam mana aku boleh kenal dia?
Aku namakan cinta pertama aku ni sebagai 'H' lah ya. H ni sekelas aku masa darjah dua, kelas dua hijau. Tapi masa kat kelas dua hijau, aku tak pernah nampak pun muka dia. Lepas dapat keputusan peperiksaan pertengahan tahun, kami berdua ditukarkan ke kelas dua merah. Bukan sebab result kami teruk atau pun bagus. Sebabnya itulah takdir kami. Kalau kita orang tak kena pindah kelas, maybe aku tak kenal dia dan tak akan jatuh hati kat dia. Masa nama aku dan dia diumumkan untuk pindah kelas, barulah aku kenal dia. Tapi bukan cinta pandang pertama ya. Masa mula-mula nampak dia, aku tak ada simpan perasaan pun. Kat kelas dua merah kami duduk sebelah-sebelah. Macam berjodohkan? Huhuhu.. :-D
Dah lama-lama tu barulah aku suka kat dia. Tak tahulah sebab apa. Sebab dia handsome? Memang tak dinafikan yang dia sangat handsome, but ada jek lelaki lain yang aku kenal sehandsome dia. Tapi aku tak jatuh hati pun. Sepanjang umur aku dua puluh dua tahun ni, kalau aku ada minat-minat kat budak lelaki mesti ada alasan atau penyebab. Macam contoh-contohnya masa degree ni, aku ada minat seorang budak lelaki ni yang aku gelar Edward. Masa mula-mula nampak dia, aku tak minat pun kat dia walau pun muka dia boleh tahan handsome, tapi bila dengar cerita daripada kengkawan yang dia tu pemalu, barulah aku minat. Sebab aku kan suka lelaki yang pemalu ni. Tapi minat jeklah. Tak sama rasanya dengan cinta pertama aku. Setakat ni dengan H jek yang aku rasa lain. Jantung aku akan dup dap dup dap bila nampak dia waktu kat sekolah dulu. Aku akan jadi terlebih malu. Dengan lelaki lain aku tak pernah rasa macam tu. Jantung tak dup dap dup dap. Bab malu pula, biasa-biasa jek, tak sampai tahap kritikal macam dengan H. Dengan H jek aku boleh pertahankan rasa cinta ni. Dengan lelaki lain yang aku minat, tak boleh. Aku akan minat sekejap jek. Contohnya Edward tu, bila dapat tahu dia dah ada girlfriend aku dah tak minat dah. Tapi bila dengan H, walau pun tahu dia dah ada kekasih hati, aku tetap tak boleh nak buang perasaan suka ni. Nama dia tetap dalam hati. Lagi seorang yang aku minat, senior aku kat sini. Mula-mula nampak dia pun aku tak minat. Dah kenal baru minat sebab aku suka sikap dia. Dia ada wawasan dan matlamat hidup. Aku siap mesej kawan aku lagi cakap aku dah jatuh hati. Huhuhu.. Tapi dua tiga hari lepastu hilang terus perasaan yang konon-kononnya 'cinta' tu. Huhuhu.. Mungkin sebab aku tak ada jumpa dengan senior aku tu lagi. Tapi dengan H walau pun dah hampir empat tahun tak jumpa dia, aku still ada perasaan tu. Perasaan suka kat dia. Huhuhu.. Aku tak pernah jumpa dengan H sejak habis SPM lagi. Kalau ada pun cuma sekali dua dalam tempoh hampir empat tahun, tu pun hanya untuk beberapa saat. Sekadar berselisih kat pasar sabtu jek. Mungkin dia pun tak perasan aku agaknya. Yelah, pasar tu ramai orang, bukan kami berdua jek.
Okeylah, nantilah aku sambung bercerita ya sebab aku ada banyak assignment nak kena buat ni. Esok ada presentation pula tu. Assalammualaikum, semua. :-D
 

Coretan Memori Indah Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea